Jumaat, 22 April 2011

Serangan di Patani dan Narathiwat.

PATANI, 21 April : Dua orang kampung cedera parah apabila penyerang menyerang mereka di kedai kopi di jalan Narathiwat-Patani di Baerorjarang daerah Muang, awal pagi khamis.

Saksi memberitahu pihak polis mangsa sedang meminum kopi di kedai terbabit kemudian sebuah kereta pikap berhenti dihadapan kedai dan melepaskan tembakan kearah mereka menggunakan senjata M16 dan Shotgun.

mangsa Najmudin Arwae, 40, dan Roslee Salae, 34, ditembak beberapa kali. Selepas itu mereka dikejarkan ke hospital berdekatan, pihak polis menyalahkan pihak pemisah.

PATANI, 21 April : seorang lelaki ditembak mati ketika menaiki motosikal ke masjid. Mangsa Samaae Salae, 51, ditembak oleh tiga lelaki bersenjata menaiki sebuah kereta pikap dan mengakibatkan cedera yang serius. Mangsa dihantar ke hospital dan disahkan telah meninggal.

NARATHIWAT, 21 April : Seorang sukarelawan kampung Sukiflee Waenu, ditembak mati dirumahnya di kawasan Sakaw daerah Sungai Padi pada pagi khamis.

10 Gerila Menyerang Kiosk Polis

NARATHIWAT, 20 April : 10 orang gerila mengempur sebuah kiosk polis awal pagi kelmarin.
Penyerang yang menggunakan senjata berat menyerang pos pemeriksaan di daerah Tak Bai menggunakan sebuah kereta pikap dan lori tayar enam,

Pegawai yang bertugas membalas tembakan dan penyerang terbabit berundur. Tiada pegawai polis yang cedera dalam pertempuran tersebut. Tetapi telah merosakkan pos pemeriksaan dan bunker. Lori pickup kemudian dijumpai ditinggalkan sekitar empat kilometer( dikawasan Sungai Padi )  dari lokasi pertempuran itu.

Renjer dan Dua Orang Remaja Terbunuh Dalam Pertempuran

PATANI, 20 April : Seorang renjer sukarelawan dan dua orang remaja mati dalam pertempuran dengan pemisah di wilayah majoriti orang islam pada malam isnin.


Pada malam yang sama sekitar jam 8.30 malam, sekumpulan penyerang menyerang pos tentera di kampung Nam Dam daerah Nong Chik.

Renjer menyerang balas dan penyerang melarikan diri, kemudian penyerang dikejar seramai 10 orang renjer menggunakan kereta pikap.

Tetapi renjer diserang hendap di jambatan di jalan Bothong-Yabee dan berlaku pertempuran yang sengit antara pihak renjer dan penyerang.


Semasa berlakunya pertempuran itu, dua orang remaja menaiki motosikal melalui kawasan tersebut dan terkena peluru sesat.


Renjer sukarelawan Chalermpol Srisuk, 35, cedera parah ditembak dalam pertempuran itu.


Dia dan dua remaja, yang dikenalpasti sebagai Mama Hassan, 15, dan Abdullah Waeya Arbu, 19, dibawa ke hospital dan kemudian disahkan meninggal.

Polis sedang menyiasat samada peluru sesat yang terkena pada remaja terbabit milik pihak renjer atau penyerang dan akan melihat kemungkinan remaja terbabit mempunyai kaitan dengan penyerang itu.