NARATHIWAT, 21 NOV: Zaiming Mail,36, ketua unit kumpulan RKK di tembak mati di daerah Ruso selepas pihak keselamatan telah mengempur tempat persembunyian dan berlaku tembak menembak selama 10 minit.
Ardunan Diraetana,38, dan Sairi Arbuwa, 21, suspek yang berada bersama dengan mangsa, menyerah diri dan dibawa ke kem tentera di Narathiwat untuk disoal siasat.
Zaiming dikehendaki oleh pihak polis kerana telah menembak mati tiga orang tentera thai. Senjata api milik mangsa di siasat kemungkinan senjata itu di curi dari tentera thai dalam kem di Cho Airong.
Pihak berkuasa terpaksa bergabung seramai 50 orang tentera dan polis dalam serbuan terbabit.
Dalam Narathiwat, pemilik kedai handphone dalam daerah Sungai Golok cedera ditembak. Alhafits Awae,28, di tembak di belakang kepala dan dikejarkan ke hospital.
Sementara itu, dua orang penjual perabot di tembak mati semalam dalam daerah Rangae. Mangsa dijumpai mati dalam keadaan tangan mereka di ikat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan