Ahad, 10 April 2011

Pejuang yang disyaki diburu ditembak mati

YALA, 10 April - Seorang yang disyaki sebagai seorang pejuang, dikehendaki atas tiga waran tangkapan, di tembak mati oleh pegawai keselamatan di daerah Raman pagi kelmarin, kata pihak polis.

Kejadian tembak menembak berlaku di ladang getah, Ban Li Seng Moo 5 selepas polis mendapat maklumat bahawa Mat Deraman, 48, dan dua orang pejuang yang lain bersembunyi di situ. Pasukan gabungan tentera, tentera hutan dan pegawai wilayah mengepung mereka, dan Pejuang melepaskan tembakan kearah mereka, berlaku pertempuran selama lima minit antara Pejuang dan pihak Thai.

Mat Deraman ditembak di kepala dan badan manakala dua rakannya yang lain berjaya melarikan diri, kata pihak polis.

Polis merampas pistol 9mm dan grenad tangan M67 dijumpai berhampiran dengan pejuang itu.

Mat Deraman dan rakan-rakannya bergiat aktif didalam perjuang orang Islam di Yala. Beliau menghadapi dua waran tangkap daripada polis Ja Kua dan satu waran tangkap daripada polis Bannang Sata di Yala.

Pihak berkuasa akan memperketatkan keselamatan di Yala menjelang festival Songkran kerana pelancong akan menyambut festival itu di Yala selepas wilayah selatan atas di landa banjir, kata gabenor wilayah Kritsada Boonra

Mr Kritsada telah mengarahkan kepada pegawainya agar memberi perlindungan khususnya Bandar Yala, yang menjadi sasaran pihak kumpulan pemisah pada bulan Februari lalu.

Dia telah membentuk beberapa daerah tertentu di Bandaraya itu sebagai zon selamat di mana pos-pos pemeriksaan akan didirikan dan penduduk dinasihatkan agar memasang lampu di luar rumah dan memasang CCTV bagi yang mampu.
  
Di Songkhla, orang ramai berpusu-pusu ke stesen keretapi di Hat Yai selepas stesen itu mula beroperasi lagi selepas ditutup selepas banjir yang melanda di beberapa wilayah selatan atas. 

Tiada ulasan: