Selasa, 12 April 2011

Anggota polis ditembak di Patani.

PATANI, 11 April-Seorang anggota polis ditembak di mukim Na Pradu, daerah Khok Pho.

Perintah Darurat akan dilanjutkan di Selatan Thai


BANGKOK, 11 April - Perintah darurat di tiga wilayah Selatan Thai akan dilanjutkan lagi selama tiga bulan selepas tamat tempohnya perintah darurat yang dulu pada minggu hadapan . Perintah ini dilanjutkan lagi kerana pergolakan yang berlaku tidak menunjukan tanda-tanda ia akan berhenti di wilayah tersebut, kata Majlis Keselamatan Nasional (NSC) Sec-Gen Tawin Pleansri .

En Tawin memberitahu kepada pemberita selepas mesyuarat di Rumah Kerajaan isnin kelmarin yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva dan dihadiri oleh Menteri Luar Negeri,Kasit Piromya, Ketua Komander Angkatan tentera, Badan keselematan Nasional dan agensi yang terlibat.

Dia berkata pada hari Selasa NSC akan meminta kabinet untuk melanjutkan penguatkuasaan Perintah Darurat lagi di tiga Wilayah Selatan Thai akibat pergolakan yang berlaku masih belum pulih lagi.

 Dia mengatakan keputusan tersebut akan dikuatkuasakan di Narathiwat, Pattani dan Yala sehingga 19 Julai tahun ini.

Undang-undang masih membolehkan pegawai keselamatan di wilayah selatan untuk melakukan tugas mereka untuk menangani masalah pergolakan yang berlaku, katanaya.

Perintah ini membolehkan pihak keselamatan melakukan penangkapan dan penahanan kepada sesiapa sahaja yang disyaki mereka dengan sesuka hati di tiga Wilayah Selatan iaitu Yala, Patani, Narathiwat.