Ahad, 1 April 2012

Sepuluh Maut Letupan di Yala.

YALA, 31 MAC : Sekurang-kurangnya sepuluh orang terbunuh dan lebih 100 orang cedera dalam siri letupan bom di Selatan Thailand.

Tiga letupan bom mengegarkan pusat bandar Wilayah Yala pada waktu orang ramai keluar untuk makan tengahari dan membeli-belah.

"10 orang disahkan maut manakala 100 orang lagi cedera dalam letupan bom tersebut," kata jurucakap bagi tentera wilayah selatan, Kolonel Pramote Promin.

Ketiga-tiga letupan bom berlaku dalam lingkungan 100 meter, bom yang pertama dan kedua dipercayai berpunca daripada bom motosikal manakala bom ketiga yang terkuat disembunyikan di dalam kereta. Ketiga-tiga letupan bom itu dipercayai diletupkan menggunakan telefon mudah alih.

Setakat ini pihak kerajaan Thai tidak dapat menjaga keselamatan dan keamanan di tiga wilayah yang bergolak dimana majoriti penduduknya orang Melayu Islam.