Jumaat, 8 April 2011

Penasihat Tempatan Dibunuh di Patani

Patani,8 April - Penasihat kepada ketua organisasi pentadbiran mukim Mayaw dalam penembakan di daerah Mayaw Jumaat pagi, kata pihak polis.

Sattha Madeng, 45, menaiki sebuah motosikal untuk ke pasar pagi di jalan Palad-Mayaw dalam mukim Thanon ketika lelaki bersenjata menaiki sebuah motosikal dan melepaskan tembakan kepadanya.

Mangsa ditembak sebanyak tiga kali dan dipukul di kepala dan tubuh mangsa. Mangsa meninggal di tempat kejadian.

Polis sedang menyiasat kejadian tersebut.

Dua orang maut dalam serangan di Narathiwat.



PATANI, 7 April - Dua orang maut dalam pertempuran tembak menembak antara pengawal keselamatan di Pejabat Veteran Pattani dan pihak pemisah mempercayai bahawa pada hari Khamis pagi itu, panglima tentera Thailand akan melawat wilayah selatan yang berhampiran dengan Narathiwat yang bergolak dalam misi operasi ketenteraan dalam pergolakan yang berlaku.

Mereka yang maut dikenali sebagai pengawal keselamatan pejabat urusan veteran tempatan, Vichet Boonchai, 42, dan seorang yang disyaki sebagai pejuang  Abdulromae Chaewae, 23.

Penyiasat polis Pattani ,kapten Pol Manop Noohom selepas menyiasat kejadian tersebut dia memberitahu bahawa En. Vichet menaiki sebuah motosikal untuk pulang ke rumah selepas selesai waktu bertugasnya di pejabat veteran, ketika dia diserang oleh dua orang pejuang yang menaiki motosikal dan melepaskan tembakan kepadanya.

Pengawal keselamatan itu membalas tembakan dan terkena salah seorang daripada pejuang tersebut. Kemudian dia dan pejuang yang cedera dihantar ke hospital dan didapati kedua duanya meninggal dunia.

Kejadian itu berlaku sementara panglima angkatan tentera darat, Prayuth Chan-ocha sedang melawat kawasan Narathiwat di samping mengadakan mesyuarat dengan Gabenor tiga wilayah selatan yang bergolak (Yala, Patani, Narathiwat) dan badan-badan keselamatan untuk mengetahui penjelasan situasi di wilayah tersebut.

 kunjugan Gen Prayuth itu juga untuk mengikuti keselamatan di bawah Internal Security Operations Command (ISOC) yang memfokuskan pemahaman yang lebih baik dengan penduduk tempatan dan pembangunan wilayah yang bergolak itu.