Sabtu, 23 April 2011

Masih ada lagi bom kereta di Patani

PATANI, 22 April : Pihak perisik thai ( mata gelap ) melaporkan bahawa bom kereta masih ada lagi sebuah kereta lagi, mengikut laporan itu pihak pejuang sudah menyediakan lima buah kereta yang telah diubahsuaikan untuk menggunakan sebagai bom kereta dalam tahun 2011, setakat ini sudah 4 buah kereta sudah diletupkan dan masih ada lagi sebuah kereta yang belum digunakan mengikut sumber terbabit.

Patani Post

Bom di Yala 6 tentera Thai cedera

YALA, 22 April : Pada jam 4.00 petang sebuah bom meletup apabila kereta yang membawa tentera thai membuat rondaan di kawasan Chakuah daerah Raman menyebabkan enam orang tentera thai cedera parah.

Kejadian bom di Patani hampir setiap hari berlaku dan jumlah mati dan cedera parah secara puratanya adalah lima orang setiap hari dalam tempoh tujuh tahun bermula dari serangan kem tentera thai pada januari 2004.

Patani Post