Ahad, 10 April 2011

4 Mati Ditembak di Selatan Thai

YALA, 9 April -  Seorang suspek bersenjata terbunuh antara empat terbunuh dalam tembak menembak dengan anggota pasukan keselamatan di wilayah bergolak di Selatan Thailand, hari ini. Lelaki Muslin berusia 47 tahun itu maut dalam kejadian berbalas tembakan itu selepas 70 pegawai polis dan anggota tentera mengepung sebuah rumah di Wilayah Yala hari ini selepas kumpulan yang dikaitkan pengganas itu cuba bersembunyi di premis berkenaan. Polis berkata, mangsa adalah lelaki yang dikehendaki pihak berkuasa yang dikaitkan dengan rangkaian pengganas dan dipercayai terbabit dalam beberapa kejadian tembak menembak dan pengeboman. Dalam kejadian itu, dua lagi suspek dipercayai memboloskan diri

patanipost 

Peniaga ditembak dan cedera di Patani.

PATANI, 10 April - Pengurus kedai bahan binaan di daerah Khok Pho ditembak dan mengalami kecederaan yang serius yesterday afternoon, kata pihak polis.

Phanom Prommanee, 38, sedang berehat di hadapan kedainya dengan beberapa orang pekerja apabila dua orang lelaki yang menaiki sebuah motosikal menghampirinya dan menyamar sebagai pelanggan. Seorang daripada mereka tiba-tiba mengeluarkan sepucuk pistol , menembaknya dan kemudian  melarikan diri.

Mr Phanom terkena empat butir peluru di bahagian leher dan badan. Dia kemudian dibawa ke hospital Khok Pho.

Polis sedang menyiasat kejadian ini.

Pejuang yang disyaki diburu ditembak mati

YALA, 10 April - Seorang yang disyaki sebagai seorang pejuang, dikehendaki atas tiga waran tangkapan, di tembak mati oleh pegawai keselamatan di daerah Raman pagi kelmarin, kata pihak polis.

Kejadian tembak menembak berlaku di ladang getah, Ban Li Seng Moo 5 selepas polis mendapat maklumat bahawa Mat Deraman, 48, dan dua orang pejuang yang lain bersembunyi di situ. Pasukan gabungan tentera, tentera hutan dan pegawai wilayah mengepung mereka, dan Pejuang melepaskan tembakan kearah mereka, berlaku pertempuran selama lima minit antara Pejuang dan pihak Thai.

Mat Deraman ditembak di kepala dan badan manakala dua rakannya yang lain berjaya melarikan diri, kata pihak polis.

Polis merampas pistol 9mm dan grenad tangan M67 dijumpai berhampiran dengan pejuang itu.

Mat Deraman dan rakan-rakannya bergiat aktif didalam perjuang orang Islam di Yala. Beliau menghadapi dua waran tangkap daripada polis Ja Kua dan satu waran tangkap daripada polis Bannang Sata di Yala.

Pihak berkuasa akan memperketatkan keselamatan di Yala menjelang festival Songkran kerana pelancong akan menyambut festival itu di Yala selepas wilayah selatan atas di landa banjir, kata gabenor wilayah Kritsada Boonra

Mr Kritsada telah mengarahkan kepada pegawainya agar memberi perlindungan khususnya Bandar Yala, yang menjadi sasaran pihak kumpulan pemisah pada bulan Februari lalu.

Dia telah membentuk beberapa daerah tertentu di Bandaraya itu sebagai zon selamat di mana pos-pos pemeriksaan akan didirikan dan penduduk dinasihatkan agar memasang lampu di luar rumah dan memasang CCTV bagi yang mampu.
  
Di Songkhla, orang ramai berpusu-pusu ke stesen keretapi di Hat Yai selepas stesen itu mula beroperasi lagi selepas ditutup selepas banjir yang melanda di beberapa wilayah selatan atas.