Selasa, 12 Julai 2011

Ketua Imam, isteri terbunuh di Narathiwat, 9 pegawai cedera dalam letupan bom


NARATHIWAT, 11 JULAI - Seorang imam dan isterinya ditembak ketika hendak pergi kerja, dalam wilayah bergolak Narathiwat, daerah Rangae, manakala tiga letupan bom berlaku di dua lokasi di wilayah Yala, memcederakan seorang penduduk tempatan dan sembilan pengawai kerajaan.

Ketika Imam Mama Samao, 49, dan isterinya hendak pergi menoreh getah, tiga penyerang menyerang hendap mangsa yang jaraknya 100m dari rumah mereka. Mangsa dihantar ke hospital kemudian disahkan meninggal dunia. Pihak berkuasa mengesahkan bahawa penyerang menggunakan AK47 dan M16.


Tiga letupan bom berlaku di dua lokasi dalam wilayah Yala. Seorang penduduk kampung dan sembilan orang pegawai cedera.