Isnin, 21 November 2011

Langkah-Langkah Keselamatan Dipertingkatkan Terhadap Guru di Selatan Thai.

NARATHIWAT, 18 NOV: Pihak tentera dan Jabatan Pelajaran Selatan Thai telah mengadakan mesyuarat untuk mempertingkatkan tahap keselamatan terhadap guru selepas berlakunya kejadian pembunuhan 5 orang guru di sekolah Ban Lahan daerah Ruso.

11 orang guru sekolah Ban Lahan termasuk mangsa bunuh telah menaiki dua buah kenderaan untuk pulang ke rumah tetapi mereka telah di serang oleh kumpulan yang tidak dikenali yang memakai pakaian tentera kerajaan dan

Seorang Tentera Terbunuh, Seorang Lagi Cedera Parah Dalam Letupan Bom di Patani

PATANI- 18 NOV: Seorang tentera Thai cedera parah dan mengakibatkan kematian dan seorang lagi cedera parah selepas pihak pemisah telah meletupkan bom tepi jalan terhadap unit rondaan. Kejadian itu, dipercayai berlaku di daerah Yarang, Patani.

Letupan itu berlaku sekitar jam 11.30 pg di kampung Sungai Baru, Mukim Klongmai. Sarjan Kongsing Jamnamkapha,49, cedera parah di kepala dan badan. Mangsa mati ketika dikejarkan ke hospital Yarang.Dan seorang lagi Songkran Promtrai,21, mengalami cedera parah