Ahad, 17 Julai 2011

Three rubber farmers shot dead in restive Thai south

BANGKOK - SUSPECT Muslim separatists on Sunday shot dead three rubber farmers who were trading at their farm in southern Thailand, police said.
'The three men were all Muslim. They all died at the scene,'a police officer said. No further details were immediately available.
The killings took place in Yala, one of Thailand's three southernmost provinces, which are strugging with a low-level Muslim insurgency. The violence that erupted in 2004 has claimed more than 4,600 lives, often in bombings and drive-by shootings.
Last Monday, a rubber tapper and his wife were shot dead by suspected militants in the region and four bombs wounded 12 people, including members of the security forces.
Some analysts thought that was a warning signal to the incoming government after a general election on July 3, noting that violent incidents often tended to rise after elections.
However, even before the election, there had been a spike in the number and scale of attacks in Yala, Pattani and Narathiwat provinces, with Muslim villagers, soldiers and police among the victims of roadside blasts and ambushes. -- REUTERS

4 Tentera Thai cedera di Yala

YALA, 16 JULAI- Sebuah kereta tentera dalam perjalanan pulang ke kem mereka diserang oleh Pejuang Pembebasan Patani dengan meletupkan bom seberat 20kg dan menyerang dengan melepaskan tembakan ke arah tentera setelah berbalas tembakan selama 15 minit, akhirnya pejuang meninggal kawasan pertempuran itu dan mengakibatkan empat daripada lima tentera thai cedera. Kejadian berlaku dalam kawasan Bala daerah Raman.

NARATHIWAT, 16 JULAI - Penyerang bermotosikal melepaskan tembakan kearah tentera thai, pihak tentera thai membalas tembakan menyebabkan kedua-dua penyerang cedera dan ditangkap oleh pihak thai, kejadian berlaku dalam kawasan Bukit daerah Chak I Rong

Patani Post

Selasa, 12 Julai 2011

Ketua Imam, isteri terbunuh di Narathiwat, 9 pegawai cedera dalam letupan bom


NARATHIWAT, 11 JULAI - Seorang imam dan isterinya ditembak ketika hendak pergi kerja, dalam wilayah bergolak Narathiwat, daerah Rangae, manakala tiga letupan bom berlaku di dua lokasi di wilayah Yala, memcederakan seorang penduduk tempatan dan sembilan pengawai kerajaan.

Ketika Imam Mama Samao, 49, dan isterinya hendak pergi menoreh getah, tiga penyerang menyerang hendap mangsa yang jaraknya 100m dari rumah mereka. Mangsa dihantar ke hospital kemudian disahkan meninggal dunia. Pihak berkuasa mengesahkan bahawa penyerang menggunakan AK47 dan M16.


Tiga letupan bom berlaku di dua lokasi dalam wilayah Yala. Seorang penduduk kampung dan sembilan orang pegawai cedera.


Sabtu, 9 Julai 2011

Guru Sekolah di Yala ditembak Mati


 YALA 09 JULAI 2011 - Seorang guru sekolah ditembak mati selepas cedera parah dalam serangan penembakan di daerah Yala.

Prayat Chuphet ditembak oleh dua orang bersenjata yang tidak dikenali semasa mangsa dari rumah ke sekolah Pattana Islam Wittaya di Yala.


Selepas diserang mangsa ,47, mengalami kecederaan yang serius dan dikejarkan ke hospital Yala tetapi meninggal selepas itu.


Mangsa ditembak dua das tembakan di kepala oleh suspek ketika sampai di sekolah itu.

Pergolakkan di selatan thai, wilayah YALA, PATANI, NARATHIWAT telah mengorbankan lebih 4300 nyawa penduduk tempatan dan pihak berkuasa



Rabu, 6 Julai 2011

Keputusan OIC Tentang Masalah Patani

Menteri Luar OIC telah mengadakan mushawarah di Istana Republik Kazakhstan pada 28-30 Jun 2011 telah membahaskan berbagai isu diantaranya adalah keadaan umat Islam di selatan Thailand( Patani ) diantaranya dapat merumuskan seperti berikut:
see more..at Patani Post

Sabtu, 2 Julai 2011

2 Orang Terbunuh Terkena Bom Tepi Jalan di Selatan Thai

PATANI, 1 JULAI - Tiga buah bom tepi jalan membunuh 2 orang dan mencederakan 13 orang yang lain di Selatan Thai. Pihak polis percaya pihak pemisah bertanggungjawab atas kejadian tersebut.

Bom pertama di daerah Narathiwat yang membunuh 2 orang dan mencederakan 5 yang lain. Manakala bomb yang kedua mencederakan seorang tentera.

Unit pemusnah bom memcuba untuk mematikan bom yang ketiga yang terletak 3 meter dari bom yang kedua tetapi bom tersebut meletup dan mencederakan 7 orang polis.

Jumaat, 1 Julai 2011

Pemberontakan di selatan Thai menjadi fokus pilihan raya

 YALA 27 Jun – Pemberontakan di selatan Thailand menjadi fokus perbahasan politik menjelang pilihan raya umum pada 3 Julai ini, selepas beribu-ribu terbunuh di wilayah itu dalam keganasan yang berlaku hampir setiap hari sejak tujuh tahun lalu.


Konflik berlarutan di wilayah selatan Thai mendedahkan penduduknya yang majoriti beragama Islam kepada tembakan, letupan bom dan serangan lain yang didakwa dilakukan oleh puak pemisah yang tidak dikenali dan tidak diketahui matlamat sebenar mereka.


Pengkritik menuduh kerajaan gagal meredakan rasa tidak puas hati penduduk Islam, termasuk pelanggaran hak asasi manusia yang didakwa dilakukan oleh tentera dan tanggapan bahawa identiti etnik, bahasa dan agama mereka tidak dihormati.


Walaupun parti-parti utama yang bertanding dalam pilihan raya umum pada bulan depan turut berkempen di selatan Thai, tidak ramai penduduk di wilayah ini berasa optimis pengundian itu akan membawa masa depan lebih cerah kepada mereka.


“Semua parti itu lebih kurang sama, sesetengahnya lebih baik sedikit, setengahnya lebih teruk sedikit, tetapi kesemua mereka melayan kami dengan buruk,” kata seorang lelaki Islam berusia 48 tahun yang datang untuk mendengar ucapan Perdana Menteri, Abhisit Vejjajiva yang mengadakan kempen kepada pengundi.


Seorang lagi lelaki Islam, Peng, 50, berikrar dia akan mengundi ‘Tidak’, sebagai sokongan kepada kempen untuk membiarkan kertas undi kosong.


“Orang dalam kerajaan tidak pernah menunaikan janji mereka, kerana itu saya sudah bosan dengan politik,” katanya.


Kerajaan bagaimanapun mendakwa keadaan semakin bertambah baik.


“Langkah yang jelas telah diambil ke arah mewujudkan keamanan dan kestabilan.


“Terdapat sikap saling mempercayai yang lebih ketara antara penduduk dengan pegawai tempatan,” kata Abhisit semasa kunjungan singkat ke selatan Thai pada minggu lepas.


 Beliau mengakui keganasan terus berlaku dari semasa ke semasa tetapi yakin kitaran keganasan yang berpunca daripada pihak kerajaan tidak akan berulang