Jumaat, 18 November 2011

7 bom meletup di PATANI dan Serangan Keatas Pihak Keselamatan Meningkat

PATANI- 18 Nov: 
Dalam daerah Nong Chik, kumpulan pemisah telah menyerang pos keselamatan tentera.
Dalam daerah Panare, kumpulan pemisah telah melepaskan tiga grenade di tiga tempat yang berbeza.
Serangan berlaku antara jam 10.00 dan 10.30 ptg, malam Rabu.

Bom buatan sendiri yang diletakkan di dalam kotak besi seberat 2 kg diletupkan menggunakan masa.
Tiga bom di daerah Muang diletakan di pejabat kerajaan.

Di Daerah Yarang, bom pertama diletakan di dalam tong sampah di hadapan pejabat pos. Manakala, bom kedua diletupkan berhampiran pejabat lebuhraya daerah Yarang. Bom ketiga meletup di pejabat TOT.

Sementara itu, dalam daerah Nong Chik, kumpulan pemisah menyerang pos kawalan kem tentera di Khok Pho. Pemisah mengunakan senjata AK-47 dan M-16 untuk menyerang pos kawalan itu.

Dalam daerah Panare, pemisah melemparkan grenade di pejabat daerah Panare, pejabat pos Panare dan pos kawalan pasukan sukarela

Malaysia, Thailand Bersetuju Untuk Mengetatkan Kawalan di Pintu Masuk Sempadan

NARATHIWAT- 17 NOV: Thailand dan Malaysia bersetuju untuk mengetatkan kawalan di pintu masuk sempadan kedua-dua negara.

Dalam persetujuan resolusi perbincangan antara Thai dan delegasi Malaysia yang diwakili oleh General Sirichai Ditthakul dan General Datuk Muhammad Zaki Haji Hamzah Komander ke-8 infantri, Negeri Kelantan di Sungai Golok daerah paling selatan di Thailand, Narathiwat pada hari Rabu.

Persetujuan itu dicapai disebabkan kes keganasan yang kerap dilakukan oleh anggota kumpulan Ronda Kumpulan Kecil (RKK) di pintu masuk sempadan Sungai Golok dan Rantau Panjang telah memberi kesan terhadap perniagaan di sempadan.

Delegasi Thailand dan Malaysia akan bekerjasama dan mengadakan pertemuan sebulan sekali untuk mengemaskini maklumat permasalahan operasi dan pertukaran maklumat tentang suspek yang disyaki.

2 Pegawai Tempatan Terbunuh di Patani.

PATANI - 16 Nov: Dua pegawai pentadbiran Nam Dam Tambon (TOA), daerah Thung Yang Daeng dalam wilayah Patani ditembak mati oleh pemisah, pagi Rabu.

Mangsa bunuh dikenali sebagai Sakda Kaewsri, Ketua bahagian pekerjaan awam dan Pensri Pongrat, Ketua bahagian perbendaharaan. Nam Dam TOA ( tambon administration organisation ).

Kejadian lain yang berlaku di PATANI, seorang pegawai polis cedera disebabkan letupan bom tepi jalan di daerah Khok Pho.