Jumaat, 18 November 2011

Malaysia, Thailand Bersetuju Untuk Mengetatkan Kawalan di Pintu Masuk Sempadan

NARATHIWAT- 17 NOV: Thailand dan Malaysia bersetuju untuk mengetatkan kawalan di pintu masuk sempadan kedua-dua negara.

Dalam persetujuan resolusi perbincangan antara Thai dan delegasi Malaysia yang diwakili oleh General Sirichai Ditthakul dan General Datuk Muhammad Zaki Haji Hamzah Komander ke-8 infantri, Negeri Kelantan di Sungai Golok daerah paling selatan di Thailand, Narathiwat pada hari Rabu.

Persetujuan itu dicapai disebabkan kes keganasan yang kerap dilakukan oleh anggota kumpulan Ronda Kumpulan Kecil (RKK) di pintu masuk sempadan Sungai Golok dan Rantau Panjang telah memberi kesan terhadap perniagaan di sempadan.

Delegasi Thailand dan Malaysia akan bekerjasama dan mengadakan pertemuan sebulan sekali untuk mengemaskini maklumat permasalahan operasi dan pertukaran maklumat tentang suspek yang disyaki.

Tiada ulasan: