Rabu, 23 November 2011

Pemisah di Tembak Mati dalam Serbuan. dan 2 kejadian di Narathiwat

NARATHIWAT, 21 NOV: Zaiming Mail,36, ketua unit kumpulan RKK di tembak mati di daerah Ruso selepas pihak keselamatan telah mengempur tempat persembunyian dan berlaku tembak menembak selama 10 minit.

Ardunan Diraetana,38, dan Sairi Arbuwa, 21, suspek yang berada bersama dengan mangsa, menyerah diri dan dibawa ke kem tentera di Narathiwat untuk disoal siasat.

Zaiming dikehendaki oleh pihak polis kerana telah menembak mati tiga orang tentera thai. Senjata api milik mangsa di siasat kemungkinan senjata itu di curi dari tentera thai dalam kem di Cho Airong.

Pihak berkuasa terpaksa bergabung seramai 50 orang tentera dan polis dalam serbuan terbabit.

Dalam Narathiwat, pemilik kedai handphone dalam daerah Sungai Golok cedera ditembak. Alhafits Awae,28, di tembak di belakang kepala dan dikejarkan ke hospital.

Sementara itu, dua orang penjual perabot di tembak mati semalam dalam daerah Rangae. Mangsa dijumpai mati dalam keadaan tangan mereka di ikat.

Serangan Bom di Patani 9 cedera.

PATANI,  21 NOV: Sebuah bom buatan sendiri telah meletup dan menyebabkan sembilan orang cedera parah. Kejadian dipercayai berlaku di daerah Mueang,Patani.


Bom seberat 3 kg disembunyikan di dalam pasu bunga dan diletupkan menggunakan alat kawalan jauh.

Isnin, 21 November 2011

Langkah-Langkah Keselamatan Dipertingkatkan Terhadap Guru di Selatan Thai.

NARATHIWAT, 18 NOV: Pihak tentera dan Jabatan Pelajaran Selatan Thai telah mengadakan mesyuarat untuk mempertingkatkan tahap keselamatan terhadap guru selepas berlakunya kejadian pembunuhan 5 orang guru di sekolah Ban Lahan daerah Ruso.

11 orang guru sekolah Ban Lahan termasuk mangsa bunuh telah menaiki dua buah kenderaan untuk pulang ke rumah tetapi mereka telah di serang oleh kumpulan yang tidak dikenali yang memakai pakaian tentera kerajaan dan

Seorang Tentera Terbunuh, Seorang Lagi Cedera Parah Dalam Letupan Bom di Patani

PATANI- 18 NOV: Seorang tentera Thai cedera parah dan mengakibatkan kematian dan seorang lagi cedera parah selepas pihak pemisah telah meletupkan bom tepi jalan terhadap unit rondaan. Kejadian itu, dipercayai berlaku di daerah Yarang, Patani.

Letupan itu berlaku sekitar jam 11.30 pg di kampung Sungai Baru, Mukim Klongmai. Sarjan Kongsing Jamnamkapha,49, cedera parah di kepala dan badan. Mangsa mati ketika dikejarkan ke hospital Yarang.Dan seorang lagi Songkran Promtrai,21, mengalami cedera parah

Jumaat, 18 November 2011

7 bom meletup di PATANI dan Serangan Keatas Pihak Keselamatan Meningkat

PATANI- 18 Nov: 
Dalam daerah Nong Chik, kumpulan pemisah telah menyerang pos keselamatan tentera.
Dalam daerah Panare, kumpulan pemisah telah melepaskan tiga grenade di tiga tempat yang berbeza.
Serangan berlaku antara jam 10.00 dan 10.30 ptg, malam Rabu.

Bom buatan sendiri yang diletakkan di dalam kotak besi seberat 2 kg diletupkan menggunakan masa.
Tiga bom di daerah Muang diletakan di pejabat kerajaan.

Di Daerah Yarang, bom pertama diletakan di dalam tong sampah di hadapan pejabat pos. Manakala, bom kedua diletupkan berhampiran pejabat lebuhraya daerah Yarang. Bom ketiga meletup di pejabat TOT.

Sementara itu, dalam daerah Nong Chik, kumpulan pemisah menyerang pos kawalan kem tentera di Khok Pho. Pemisah mengunakan senjata AK-47 dan M-16 untuk menyerang pos kawalan itu.

Dalam daerah Panare, pemisah melemparkan grenade di pejabat daerah Panare, pejabat pos Panare dan pos kawalan pasukan sukarela

Malaysia, Thailand Bersetuju Untuk Mengetatkan Kawalan di Pintu Masuk Sempadan

NARATHIWAT- 17 NOV: Thailand dan Malaysia bersetuju untuk mengetatkan kawalan di pintu masuk sempadan kedua-dua negara.

Dalam persetujuan resolusi perbincangan antara Thai dan delegasi Malaysia yang diwakili oleh General Sirichai Ditthakul dan General Datuk Muhammad Zaki Haji Hamzah Komander ke-8 infantri, Negeri Kelantan di Sungai Golok daerah paling selatan di Thailand, Narathiwat pada hari Rabu.

Persetujuan itu dicapai disebabkan kes keganasan yang kerap dilakukan oleh anggota kumpulan Ronda Kumpulan Kecil (RKK) di pintu masuk sempadan Sungai Golok dan Rantau Panjang telah memberi kesan terhadap perniagaan di sempadan.

Delegasi Thailand dan Malaysia akan bekerjasama dan mengadakan pertemuan sebulan sekali untuk mengemaskini maklumat permasalahan operasi dan pertukaran maklumat tentang suspek yang disyaki.

2 Pegawai Tempatan Terbunuh di Patani.

PATANI - 16 Nov: Dua pegawai pentadbiran Nam Dam Tambon (TOA), daerah Thung Yang Daeng dalam wilayah Patani ditembak mati oleh pemisah, pagi Rabu.

Mangsa bunuh dikenali sebagai Sakda Kaewsri, Ketua bahagian pekerjaan awam dan Pensri Pongrat, Ketua bahagian perbendaharaan. Nam Dam TOA ( tambon administration organisation ).

Kejadian lain yang berlaku di PATANI, seorang pegawai polis cedera disebabkan letupan bom tepi jalan di daerah Khok Pho.

Rabu, 9 November 2011

Selamat Hari Raya Aidil Adha

ASSALAMUALAIKUM..W.B.T....Kami mengucapakan selamat hari raya aidiladha dan selamat mengerjakan ibadat korban dengan tawaduk dan ikhklass....walaupun di Patani, Yala dan Narathiwat masih lagi dalam keadaan yang tidak aman dan masih bergolak tetapi umat islam di sana masih lagi menyambut hari raya aidiladha tahun dengan meriah sekali. Saya berharap kepada semua orang Melayu Patani sanggup berkorban harta mahupun jiwa untung mengembalikan kembali daulah islamiah di bumi tercinta Fathoni Darussalam....wasalam..