Sabtu, 4 Ogos 2012

Seorang Anggota Polis Thai terbunuh dalam siri penyerangan di Patani

PATANI,04/08- Seorang anggota polis Thailand telah ditembak mati oleh penyerang yang tidak dikenali.Mangsa menaiki sebuah motosikal dipercayai diserang oleh sekumpulan pernyerang yang bersembunyi di dalam hutan di tepi jalan Saiburi-Penare.

Mangsa ditembak beberapa kali oleh penyerang dan mati ditempat kejadian.Mangsa dikenali sebagai Kasem  Churaungsook,59,.

Siri penyerangan di bulan Ramadhan meningkat secara mendadak dan ini menujukkan kekacauan di Patani (Selatan Thai) tidak menunjukkan tanda2 bahawa kekacauan ini akan reda.Semenjak berlakunya pergolakan  di Selatan mangsa korban telah meningkat kepada 5000 orang mangsa..

Perjuangan Patani berada di Kemuncak Kemenangan


          
          Apabila perjuangan Patani Darusalam berada di puncak kemenangan..masih ada saja golongan yang ingin menghancurkan dan mengkhianati perjuangan di Patani..Mungkin golongan ini tidak mahu melihat kembalinya Daulah Khalifah Islamiah di bumi Patani kerana tamak dengan harta dan pangkat..

          Yang lebih parah lagi apabila ada bangsa melayu Patani sendiri yang menghancurkan perjuangan seperti yang tertulis di dalam sejarah kejatuhan Kesultanan Melayu Islam  dimana rakyat Patani sendiri yang memberi maklumat kepada penjajah siam laknatullah tentang kelemahan tentera Islam Patani pada zaman itu..

          Tetapi perkara itu tidak mustahil akan kembali berlaku pada saat perjuangan rakyat Patani sekarang ini berada di kemuncaknya dimana semakin ramai rakyat Patani yang menyokong perjuangan yang dilancarkan oleh Ulama'-Ulama' besar Patani terdahulu..

          Apabila kemenangan hampir tiba ada saja golongan yang mengakui bahawa dia adalah perjuang pertubuhan tertentu yang memperjuangkan pembebasan dan kemerdekaan bumi Patani..sedangkan dia merupakan anjing siam yang mendapat upah dari kerajaan Thai tiap2 bulan untuk mengelirukan pandangan rakyat agar rakyat menyangka bahawa dia adalah pemimpin sebenar kumpulan pembebasan yang bergerak di dalam negeri Patani sekarang ini....

        Sempena bulan ramadhan yang mulia ini marilah kita sama2 mendoakan agar bumi yang kita cintai Patani Darusalam dapat tertegaknya daulah khalifah islamiah di bumi ini..wasalam..

    

Sabtu, 28 Julai 2012

Kejadian di Patani dalam bulan Ramadhan


wajib tengok..menarik sangat video serang ini..(nightmare for thai army)
Assalamualaikum kepada semua yang membaca ataupun yang hanya singgah di blog ini..saya nak minta maaf kerana sudah lama berita patani ini tidak update kerana ada masalah yang menganggu..InsyaAllah bulan 9 ni blog ini akan diteruskan...sekiranya ada sesiapa yang ingin berkongsi tentang keadaan semasa di Patani dan ingin menjadi Admin dlm blog ini bolehlah emailkan kepada saya..

Ahad, 1 April 2012

Sepuluh Maut Letupan di Yala.

YALA, 31 MAC : Sekurang-kurangnya sepuluh orang terbunuh dan lebih 100 orang cedera dalam siri letupan bom di Selatan Thailand.

Tiga letupan bom mengegarkan pusat bandar Wilayah Yala pada waktu orang ramai keluar untuk makan tengahari dan membeli-belah.

"10 orang disahkan maut manakala 100 orang lagi cedera dalam letupan bom tersebut," kata jurucakap bagi tentera wilayah selatan, Kolonel Pramote Promin.

Ketiga-tiga letupan bom berlaku dalam lingkungan 100 meter, bom yang pertama dan kedua dipercayai berpunca daripada bom motosikal manakala bom ketiga yang terkuat disembunyikan di dalam kereta. Ketiga-tiga letupan bom itu dipercayai diletupkan menggunakan telefon mudah alih.

Setakat ini pihak kerajaan Thai tidak dapat menjaga keselamatan dan keamanan di tiga wilayah yang bergolak dimana majoriti penduduknya orang Melayu Islam.


Selasa, 27 Mac 2012

Empat Anggota Tentera Terbunuh Dalam Serangan Bom di Selatan Thailand

BANGKOK, 8 Mac (Bernama) -- Empat anggota tentera terbunuh dan seorang parah dalam serangan bom di Narathiwat Rabu malam.


Ketua polis Narathiwat Pol Mej Gen Shotti Chawalwiwat hari ini berkata 12 anggota tentera dalam perjalanan dengan sebuah jip apabila sebutir bom seberat 20 kilogram yang diletakkan di tepi jalan meletup di Jabat, daerah Rusok, Narathiwat, pada pukul 10.30 malam.

Letupan itu menyebabkan jip tentera berkenaan rosak teruk dan empat mayat ditemui 50 meter daripada jip itu.Sebuah jip lain dan penumpangnya teselamat daripada serangan itu, kata Shotti sambil menambah bahawa polis percaya kumpulan pemisah bertanggungjawab terhadap serangan itu.

Lebih 5,000 orang terbunuh sejak kumpulan pemisah menggerakkan semula kempen bersenjata mereka untuk mendapatkan kemerdekaan tiga wilayah selatan Narathiwat, Pattani dan Yala lapan tahun lepas.

Rabu, 23 November 2011

Pemisah di Tembak Mati dalam Serbuan. dan 2 kejadian di Narathiwat

NARATHIWAT, 21 NOV: Zaiming Mail,36, ketua unit kumpulan RKK di tembak mati di daerah Ruso selepas pihak keselamatan telah mengempur tempat persembunyian dan berlaku tembak menembak selama 10 minit.

Ardunan Diraetana,38, dan Sairi Arbuwa, 21, suspek yang berada bersama dengan mangsa, menyerah diri dan dibawa ke kem tentera di Narathiwat untuk disoal siasat.

Zaiming dikehendaki oleh pihak polis kerana telah menembak mati tiga orang tentera thai. Senjata api milik mangsa di siasat kemungkinan senjata itu di curi dari tentera thai dalam kem di Cho Airong.

Pihak berkuasa terpaksa bergabung seramai 50 orang tentera dan polis dalam serbuan terbabit.

Dalam Narathiwat, pemilik kedai handphone dalam daerah Sungai Golok cedera ditembak. Alhafits Awae,28, di tembak di belakang kepala dan dikejarkan ke hospital.

Sementara itu, dua orang penjual perabot di tembak mati semalam dalam daerah Rangae. Mangsa dijumpai mati dalam keadaan tangan mereka di ikat.

Serangan Bom di Patani 9 cedera.

PATANI,  21 NOV: Sebuah bom buatan sendiri telah meletup dan menyebabkan sembilan orang cedera parah. Kejadian dipercayai berlaku di daerah Mueang,Patani.


Bom seberat 3 kg disembunyikan di dalam pasu bunga dan diletupkan menggunakan alat kawalan jauh.

Isnin, 21 November 2011

Langkah-Langkah Keselamatan Dipertingkatkan Terhadap Guru di Selatan Thai.

NARATHIWAT, 18 NOV: Pihak tentera dan Jabatan Pelajaran Selatan Thai telah mengadakan mesyuarat untuk mempertingkatkan tahap keselamatan terhadap guru selepas berlakunya kejadian pembunuhan 5 orang guru di sekolah Ban Lahan daerah Ruso.

11 orang guru sekolah Ban Lahan termasuk mangsa bunuh telah menaiki dua buah kenderaan untuk pulang ke rumah tetapi mereka telah di serang oleh kumpulan yang tidak dikenali yang memakai pakaian tentera kerajaan dan

Seorang Tentera Terbunuh, Seorang Lagi Cedera Parah Dalam Letupan Bom di Patani

PATANI- 18 NOV: Seorang tentera Thai cedera parah dan mengakibatkan kematian dan seorang lagi cedera parah selepas pihak pemisah telah meletupkan bom tepi jalan terhadap unit rondaan. Kejadian itu, dipercayai berlaku di daerah Yarang, Patani.

Letupan itu berlaku sekitar jam 11.30 pg di kampung Sungai Baru, Mukim Klongmai. Sarjan Kongsing Jamnamkapha,49, cedera parah di kepala dan badan. Mangsa mati ketika dikejarkan ke hospital Yarang.Dan seorang lagi Songkran Promtrai,21, mengalami cedera parah

Jumaat, 18 November 2011

7 bom meletup di PATANI dan Serangan Keatas Pihak Keselamatan Meningkat

PATANI- 18 Nov: 
Dalam daerah Nong Chik, kumpulan pemisah telah menyerang pos keselamatan tentera.
Dalam daerah Panare, kumpulan pemisah telah melepaskan tiga grenade di tiga tempat yang berbeza.
Serangan berlaku antara jam 10.00 dan 10.30 ptg, malam Rabu.

Bom buatan sendiri yang diletakkan di dalam kotak besi seberat 2 kg diletupkan menggunakan masa.
Tiga bom di daerah Muang diletakan di pejabat kerajaan.

Di Daerah Yarang, bom pertama diletakan di dalam tong sampah di hadapan pejabat pos. Manakala, bom kedua diletupkan berhampiran pejabat lebuhraya daerah Yarang. Bom ketiga meletup di pejabat TOT.

Sementara itu, dalam daerah Nong Chik, kumpulan pemisah menyerang pos kawalan kem tentera di Khok Pho. Pemisah mengunakan senjata AK-47 dan M-16 untuk menyerang pos kawalan itu.

Dalam daerah Panare, pemisah melemparkan grenade di pejabat daerah Panare, pejabat pos Panare dan pos kawalan pasukan sukarela

Malaysia, Thailand Bersetuju Untuk Mengetatkan Kawalan di Pintu Masuk Sempadan

NARATHIWAT- 17 NOV: Thailand dan Malaysia bersetuju untuk mengetatkan kawalan di pintu masuk sempadan kedua-dua negara.

Dalam persetujuan resolusi perbincangan antara Thai dan delegasi Malaysia yang diwakili oleh General Sirichai Ditthakul dan General Datuk Muhammad Zaki Haji Hamzah Komander ke-8 infantri, Negeri Kelantan di Sungai Golok daerah paling selatan di Thailand, Narathiwat pada hari Rabu.

Persetujuan itu dicapai disebabkan kes keganasan yang kerap dilakukan oleh anggota kumpulan Ronda Kumpulan Kecil (RKK) di pintu masuk sempadan Sungai Golok dan Rantau Panjang telah memberi kesan terhadap perniagaan di sempadan.

Delegasi Thailand dan Malaysia akan bekerjasama dan mengadakan pertemuan sebulan sekali untuk mengemaskini maklumat permasalahan operasi dan pertukaran maklumat tentang suspek yang disyaki.

2 Pegawai Tempatan Terbunuh di Patani.

PATANI - 16 Nov: Dua pegawai pentadbiran Nam Dam Tambon (TOA), daerah Thung Yang Daeng dalam wilayah Patani ditembak mati oleh pemisah, pagi Rabu.

Mangsa bunuh dikenali sebagai Sakda Kaewsri, Ketua bahagian pekerjaan awam dan Pensri Pongrat, Ketua bahagian perbendaharaan. Nam Dam TOA ( tambon administration organisation ).

Kejadian lain yang berlaku di PATANI, seorang pegawai polis cedera disebabkan letupan bom tepi jalan di daerah Khok Pho.

Rabu, 9 November 2011

Selamat Hari Raya Aidil Adha

ASSALAMUALAIKUM..W.B.T....Kami mengucapakan selamat hari raya aidiladha dan selamat mengerjakan ibadat korban dengan tawaduk dan ikhklass....walaupun di Patani, Yala dan Narathiwat masih lagi dalam keadaan yang tidak aman dan masih bergolak tetapi umat islam di sana masih lagi menyambut hari raya aidiladha tahun dengan meriah sekali. Saya berharap kepada semua orang Melayu Patani sanggup berkorban harta mahupun jiwa untung mengembalikan kembali daulah islamiah di bumi tercinta Fathoni Darussalam....wasalam..

Isnin, 17 Oktober 2011

Keputusan OIC tentang masalah Patani

Keputusan OIC tentang masalah Patani

Serangan keatas Markas Tentera Thai di Narathiwat

NARATHIWAT (MENARA): JUMAAT, 30 SEPTEMBER 2011

Sepasukan Pejuang Pembebasan Patani membuat serangan ke atas tentera Thai di Jabat (Resak) menyebabkan 4 tentera maut dan 2 cedera serta merampas 5 pucuk senjata bersama baju tahan peluru, kejadian berlaku pada 28 September jam 18.50


Patani Post




NARATHIWAT ( MENARA ) : JUMAAT, 30 SEPTEMBER 2011


Pejuang Pembebasan Patani membuat serangan ke atas markas tentera Thai di Sukirin Wilayah Narathiwat menyebabkan seorang tentera Thai maut dan seorang lagi cedera parah, kejadian berlaku pada 27 September jam 16.30


Patani Post

Selasa, 30 Ogos 2011

Bulan Ramadhan Al Mubarak

Sempena bulan yg mulia ini....saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh muslim di seluruh dunia.....semoga dapat menyempurnakan ibadat puasa nie dengan ikhlas dan bersabar...

Dengan menghormati bulan yang mulia ini berita tentang keadaan di negeri tercinta Patani Darul Salam tidak akan diterbitkan ......

Ahad, 17 Julai 2011

Three rubber farmers shot dead in restive Thai south

BANGKOK - SUSPECT Muslim separatists on Sunday shot dead three rubber farmers who were trading at their farm in southern Thailand, police said.
'The three men were all Muslim. They all died at the scene,'a police officer said. No further details were immediately available.
The killings took place in Yala, one of Thailand's three southernmost provinces, which are strugging with a low-level Muslim insurgency. The violence that erupted in 2004 has claimed more than 4,600 lives, often in bombings and drive-by shootings.
Last Monday, a rubber tapper and his wife were shot dead by suspected militants in the region and four bombs wounded 12 people, including members of the security forces.
Some analysts thought that was a warning signal to the incoming government after a general election on July 3, noting that violent incidents often tended to rise after elections.
However, even before the election, there had been a spike in the number and scale of attacks in Yala, Pattani and Narathiwat provinces, with Muslim villagers, soldiers and police among the victims of roadside blasts and ambushes. -- REUTERS