Khamis, 7 April 2011

05 April 2011

Nong Chik,Patani - Seorang sukarelawan pertahanan kampung telah ditembak mati di sebuah pasar pagi, kata pihak polis. Saksi kejadian memberitahu kepada pihak polis bahawa mangsa Amnuay Khongthong, 39 seorang sukarelawan pertahanan dan kontraktor pembinaan. Ketika mangsa sedang membeli sayur-sayuran di pasar kampung Khut Khlong di Tambon Tuyong, empat penyerang telah datang ke pasar itu dengan menaiki dua buah motosikal dan salah seorang daripada mereka menghampiri mangsa dan melepaskan satu das tembakan di kepala mangsa. Mangsa mati di tempat kejadian akibat pendarahan yang teruk.
           Penyerang itu melarikan diri dengan motosikal yang sedang menunggunya tadi. Pihak Polis sedang meyiasat adakah pembunuhan itu ada kaitan dengan konflik perniagaan atau serangan oleh Pihak Pejuang Selatan Thailand

Bangkok Post

Tiada ulasan: