Khamis, 7 April 2011

Seorang Pejuang syahid dalam pertempuran di Yala

06 April 2011 - Seorang pejuang syahid dalam kejadian tembak menembak di antara unit gabungan polis-tentera di daerah Raman,Yala.
          Selepas menerima maklumat daripada orang kampung  bahawa ada seorang lelaki yang mencurigakan bersembunyi di sebuah rumah di Mukim Kayu Borkoh, Raman. Unit gabungan polis-tentera telah mengepung rumah tersebut pada 10.00 pg .
          Setelah pejuang mengetahui bahawa beliau, Asman Jehleng,29 sudah dikepung oleh pihak unit gabungan tersebut maka beliau bertindak nekad keluar dari rumah itu dan melepaskan tembakan ke arah pasukan itu dan pasukan tersebut membalas tembak. Kejadian tembak menembak itu berlaku selama lima minit di mana seorang pejuang mati syahid.
          Menurut Lt-Gen Phaithoon Chuchaiya, komander polis sempadan wilayah selatan, Asman merupakan orang yang dikehendaki kerajaan Thai apabila waran tangkap yang telah dikeluarkan selepas beliau disyaki terlibat dalam serangan ke atas sebuah pangkalan tentera di daerah Raman pada tahun 2009 yang membunuh beberapa orang tentera..

Mari kita sedekahkan al-Fatihah kepada beliau atas pengorbanannya
Al-Fatihah.......
  

Tiada ulasan: